Showing posts with label N95. Show all posts
Showing posts with label N95. Show all posts

Monday, October 06, 2008

*§* Selamat Hari Raya *§* W660i Pembuka bicara~ Tawaran istimewa Syawal~!!!

Adoiyaiiii... assalamualaikum semua... terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua pelawat2 TokanHenset sempena hari raya ni, tertanya-tanya sekalian penghuni rimba raya kemana hilangnya Tokan Henset sepurnama ini? ya, aku berehat sambil memencongkan sementara jenis perniagaan aku untuk selama sebulan ini, mencari duit raya lebih orang kata.
Sekembalinya aku ke arena pengHensetan ni, suka la aku ingin memberi satu tawaran istimewa sebagai pembuka bicara baru Tokan Henset untuk bulan syawal yg mulia ini. Dengan ini aku mempersembahkan.....
Model: SonyEricsson W660i
Harga: RM559.00(AP Set)
Harga Pasaran Luar: RM600-700
Warranty: 15purnama(1tahun 3bulan)
Kemampuan-kemampuan beliau(w660i):-

Tuesday, August 14, 2007

|| WhAt dA? || Jaga-jaga Cik Salmah~ N95 NOKLA bukan NOKIA!!!

huh??? halu... sahabat... menarik sungguh tajuk tokanhenset kali ini. Nokia kuarkan N95 touch screen???
Kebelakangan nih hangat dipasaran gelap, ada yang jual N95 touch screen dengan harga serendah RM1500, ada yang cakap henset nih rampasan kastam dan ianya sudahpun diseludup keluar oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab, dan dijual serendah RM1000-1500. Bapak best~!!
Tahniah kepada ************ ako, diantara perintis-perintis awal yang tertipu dengan sindiket menjual N95 palsu/tiruan/lopek. Dipercayai model henset nih diseludup dari China(sebuah negara yang amat terkenal dengan aktiviti fotocopy yang paling berjaya) dan dijual dinegara-negara yang penduduknya bengong dan kurang pengetahuan pasal henset.
Ciri-ciri resmi henset N95 keluaran NOKLA nih yang paling nyata ialah, baterinya di cop dengan jenama NOKLA (bukan NOKIA), touch screen, OS(operating system) nya bukan symbian, keypad muka depan yang lain- butang menu diganti butang play, ada lubang speaker dibelakang dengan gaya nombor 3 berlubang-lubang, tulisan/cap nokia dibelakang yang pudar, engsel bukak tutup kamera yang berbeza dengan N95 ori, takde GPS, takde 3G dan beberapa perbezaan ketara yang lain. Untuk yang tak berapa paham sila lawati http://www.nokiaphoneblog.com/2007/05/beware_of_the_fake_nokla_n95.html
http://spluch.blogspot.com/2007/05/do-these-brands-sound-familiar-nokla.html

Beberapa gambar dan keterangan perbezaan N95 keluaran NOKLA dan keluaran NOKIA.