Thursday, May 10, 2007

|| WhAt dA? || Pendefinisian RECON, AP dan ORI~

Huh? eheheh... bila jerk bukak cerita pasal henset recon, kengkadang ada yang tanya ako balik,
"mender henset recon tu?"
|| Henset Recon ||
Henset recon nih adalah sejenis henset terpakai yang telah direcon balik menjadi henset baru dan ianya terbahagi kepada dua keadaan,
1-Henset recon dengan warranty kilang AP (warranty selama satu tahun, tak termasuk skrin layar, aksesori, masuk air dan jatuh disebabkan kelalaian sendiri)
2-Henset recon dengan warranty kedai (henset yang di reconkan dari kedai penjual itu sendiri, yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang warranty, bila rosak je, jurujual akan menyalahkan pembeli diatas kerosakan yang terjadi. ???)
Untuk henset recon dari jenis yang pertama, tak menjadi masalah kalau ada antara kita yang nak beli henset tu, tapi masalah akan timbul kalau kita tersalah beli henset recon dari jenis yang kedua. "Bos ini henset ada masok air la, warranty tak boleh la ini macam", baru jerk dua bulan pakai.
Pernah satu kes masa ako jual henset kat Pertama dulu, ada sorang member ako nih, dia datang kedai ako setelah dia survey kedai lain untuk henset dari jenama Nokia model 6600(henset sabun), masa tu henset sabun dah tak dikeluarkan lagi dari vendor Nokia, tetapi pekilang-pekilang AP masih mengeluarkan henset tu tapi dari jenis recon dengan warranty setahun. Ako pon bagila harga kengkawan dengan dia, tetiba dia melenting,
"Apsal harga ko mahal sangat? Aku tanya kat kedai c**a atas tu tadi dia kasi ako kurang seratus dari harga ko.."
Ako pon terangkanla pasal henset recon dekat dia, tapi mati-mati dia cakap yang henset yang dia tengok kat kedai lain tu henset baru, puas ako cakap dengan panjang lebar, dia tetap tak percaya. Kenapa harga ako mahal seratus dari orang tu.
"Macam nih la, ako tak larang ko nak beli henset dengan sesaper, ako dah terang dekat ko, ko nak percaya atau tak itu ko punya pasal"
Dia pon dengan muka sebal blah dari kedai ako dan terus chow pegik mana ntah. Tak lama lepas tu dia datang balik tunjuk kat ako dengan rasa riak dan bestnyer dia dapat beli henset murah dari henset yang ako jual. Ako buat tak layan jerk, biarkanla.
Lebih kurang sebulan lepas perkara tu terjadi, ditakdirkan Tuhan, datanglah semula sibodoh sombong nih ke kedai ako.
"Mie, tolong repair henset ako mie, LCD skrin dia tak nyala"
Ako cakap la dengan dia, apsal tak hantar pegi kedai yang dia beli?
"Orang tuh cakap LCD skrin takda warranty, dia suruh ako tambah RM280 untuk repair LCD"

Hmmm... kat sinih korang nampak tak apa yang terjadi, untuk dapat untung kurang seratus dari beli dengan ako, tapi dia kener tambah RM180 untuk repair LCD. Katalah masa tu ako bagi harga RM650 dan dia beli kat kedai lain dengan harga RM550. Tapi LCD dia rosak dia kener tambah RM280 untuk repair,
RM550+Rm280=RM830
Kan best~, ako basuh dia cecukup, pastuh ako tolong dia repair LCD tapi bukan RM280, tapi RM220.

|| Henset AP ||
Pendefinisian henset AP nih tak berapa susah, sebab boleh dikatakan 80% henset yang orang pakai kat Malaysia nih henset AP. Henset AP nih kalau kita beli dia akan kasi kita warranty selama satu tahun. Warranty tersebut akan diberi oleh kilang yang mengeluarkan henset tersebut atau dalam erti kata lain henset yang hanya mendapat warranty oleh kilang itu sahaja, tak boleh hantar kat kilang lain untuk di repair.Kalau kilang tu service centre dia kat KL, maknanya bleh hantar kat KL tu jer. Warranty di atas kerosakan seperti aksesori, LCD, masok air dan jatuh akibat kelalaian sendiri takda.
|| Henset Ori ||
Henset Ori mendapat warranty selalunya ada yang bagi 15bulan dan ada yang bagi sampai 24bulan, bergantung dari vendor mana korang beli. Termasuk juga perihal warranty keatas aksesori, LCD, masuk air dan jatuh, itu pun bergantung dari vendor mana korang beli.

|| Harga ||
2nd hand>Recon>AP>Ori

p/s-harga kastam dan henset curi/ragut tidak termasuk didalam senarai perbandingan harga ako. :))
-Yang Celaru

2 comments:

Anonymous said...

thankk info yang berguna

Anonymous said...

henset recon ni biasenye ade problem ape2 tak..?
coz saya nak beli hp n-gage yang recond set..
kedai tu bagi warranty setahun.