Friday, June 29, 2007

|| dEbAt || Nokia VS Sonyericsson (Bab 1)



hmmm...
VS

Ramai customer ako tanya,
"maner lagik best? nokia ker sony?"

Yer anak-anak, didalam membicarakan maner lagik best, atau maner lagik mantap, agak sukar nak diborakkan dalam blog nih. Sebabnyer?? ako 'kawatir' akan berlaku bias dan ketidak adilan didalam membezakan, "Siapa lebih GAGAH~!!!!???"....
Ako cuba untuk tidak berlaku bias dalam perbualan dan tulisan ako kali nih dan segala yang ako cuber cakap dalam ruang nih, mungkin berdasar pengalaman sebagai jurujual dan kadang-kadang datang dari sumber-sumber ako borak-borak dengan memember yang sama jual henset dan member-member yang giler pakai henset(tukar-tukar sebulan sekali..). Mungkin ada juga dari beberapa pendapat peribadi ako sendiri.

Bila jer bukak cerita pasal, mana lagik best, maner lagik murah, maner lagik canggih, maner lagik banyak simpan lagu, maner lagik friendly user, maner lagik cun, ramai diantara korang akan membandingkan model-model dari Nokia dan Sonyericsson, kadang-kadang Motorola akan diselitkan sekali dalam perbandingan tersebut, tapi selalu kalah bila disentuh bab friendly user nya.
Pada zaman 3310 dan yang seangkatan dengan zaman tu baru nak up, orang banyak cakap Nokia is the best friendly user handphone, tapi biler ako pikir balik, zaman tuh vendor-vendor lain dah berani kuarkan henset-henset lagik canggih, paling best pon, color screen, tapi tak dapat jugak dorang nak saing dengan kehebatan zaman 3310 yang lambat giler nak berlalu, sampai skarang pon, masih ramai makcik dan pakcik yang setia dengan 3310(paling tidak pon 3315). Sebab??? ya~ Nokia memang friendly user dan senang di konduksi... hanya pada zaman itu....
Biler jer jejak zaman yang serba canggih dan penuh dengan penipuan 2.75G ke 3G ke 3G HDPSAXPLLKAMJ, nyata perkataan friendly user dah tak berapa nak tepat kalau nak diganding dengan Nokia, kenapa? sebab, pakcik dan makcik yang guner 3310 dorang tu biler jerk anak dorang hadiah henset yang canggih sikit, yang ada 3G bleh video call, mulalah dorang pening kepala, camner nak tangkap gamba, camner nak carik nombor telepon, sampaikan masok mesej sampai penoh inbox pon dorang bleh claim kat ako henset dorang rosak... asyik ader kuar kat skrin, mailbox dah 95% gunerla, apa la....

"mie, akak taknak la pakai henset sony, susah la, tak friendly user, akak dah biasa pakai nokia, mie suggest la nokia jer..."

Akak yang cuber ako masokkan dalam topik nih, baru jerk meletop projek jual insurans, kiranya life dia baru nak 'up' la, sebelom dia berjaya sebagai jurujual insurans tu, dia pakai henset 3315 je, sekali dia punya bisnes dah letop so dia nak pakai ler henset baru yang bleh amik gamba... ehehehe... okieler orang nak nokia, as a jurujual ako pon suggest ler beberapa model nokia yang ako rasa agak senang dipandu, last-last maser tuh dia pon amik 6680. ako pon ajarkan la camner nak tulis msg, camner nak tangkap gamba, camner nak itu, camner nak ini, dan lenlain fungsi dalam henset baru dia tuh...
Tidak lama kemudian, sang kancil pun datang kepada sang gajah... eheheh.... selingan... takot korang boring baca artikel merepek ako nih, sambong citer akak tadi, dua hari lepas tu, akak tuh datang balik kedai ako, ako yang agak suspen, yerlar baru jer beli henset dua hari, takkan dah rosak plak, hancuss...

"mie camner nak pegik mesej?"

ceh... ako agak dah... sesia jerk ako ajar... kadang-kadang macam tak percaya jerk dengan aper yang ako cerita nih, tapi reality dia macam nih larr kalau korang nak tau kehidupan ako kat kedai henset, lebeh dari melayan customer yang pening dengan henset baru dorang dari menjual henset. akak tuh masa memuler tuh cakap yang dia suka nokia pasal nokia nih friendly user dan senang pakai, tapi biler nak tulis mesej pon dia tak tau, susah ker senang camtu????
kalau nak cerita pasal user friendly tak user friendly nih, banyaaakkk lagik, tapi ako pon tak larat nak tulis sumer, nokia nih kalau nak cakap user frienlynyer dorang nih, biler bab memori kad di sentuh, yang paling best ako rasa friendly user dorang nih ialah macamana nak kosongkan(reformat) memori kad nokia, senang giler... haHAhAhHA friendly user kan? ader customer tuh tiga empat kali datang cakap memori kad yang ako jual rosak, asyik hilang jerk lagu yang ako bubuh dalam tu, ako cakap la kenapa format memori tu, memang la hilang lagu dan bender lain, last2 dia siasat, rupanya anak dia main henset dia pastuh anak dia berjaya format memori henset tu dengan mudah dan friendlynya~!!! :)

Okie anak-anak, tamatlah sudah bab 1 Nokia VS Sonyericsson, lain kali ako sambung balik, ako dah penat... arghhh...

-Yang Celaru

Monday, June 25, 2007

|| soaL & jaWab || korang tanya ako jawab~

along assalamualaikum...nape takde price untuk nokia 5300 AP set?Along minat nak beli...
Details 2007-06-23 8:24 AM
ako jawab:: dah abis pusing ker kat tokan henset nih?? ehehehe mungkin terlepas pandang, sila ler lihat kat || pRicELisT || Hujung Mei ke awal Jun~ (*00*)B-)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
FteEN sony v630i baekk!! x?aku usha cun!!...kt msia x kua kn?...klo ko ley cr kn ko ltak hrge brape?
Details 2007-06-21 12:38 AM
ako jawab:: hmmm... nantik ako try tanyerk dengan vendor dan supplier ako.... tak brani janji.. tapi ako dah tengok dah henset tu, khas untuk vodaphone jer tu... tapi ako try tengok dulu... okie~B-)-------------------------------------------------------------------------------------------------
NaNaN muahah, sudah maju aa skang bro. nanti minta reviewkan w660. ahah thanks B-)
Details 2007-06-20 7:59 AM
ako jawab:: AHhaHAhA~ tq tq~ silala masok jangan segan segan~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
mart aku ada nokia 1100.. aku nak jual seribu.. sapa nak.. kontek ako... erm.. kecik... number pon aida ada?huhu
Details 2007-06-24 1:12 PM
ako jawab:: hah~! aper kater ko lelong kat belah tanjung rambutan saner~ ako rasa dorang bleh up lagik harga ko tu sampai sembilan belas ratus~B-)

|| eMaiL & bLog cOmMeNt || korang komen, ako reply~

Anonymous has left a new comment on your post "|| WhAt dA? || Pendefinisian RECON, AP dan ORI~":

-thankk info yang berguna

Posted by Anonymous to Mobile Info Centre at June 11, 2007 9:14 PM

ako jawab:: okei~ teruskan menyokong pergerakan bawah tanah ako menentang ketidakadilan dan kebengongan didalam industri gadjet dan semoga malaysia terus best dan sukses~ Yang Celaru
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petik has left a new comment on your post "|| soaL & jaWab || korang tanya ako jawab~":

assalamualaikum,
brader, secara ringkas...
- NOKIA vs SONY ERICSSON -
bulih tak....????

Posted by Petik to Mobile Info Centre at June 24, 2007 5:33 PM

ako jawab:: okeih.. dalam sesi soal jawab ako akan cuber bagi sedikit komen...

Tuesday, June 19, 2007

|| soaL & jaWab || korang tanya ako jawab~

bro!! leh kasi review sket tak comparison k800i vs k810i....tq-ontahz

untuk meriviewkan k800i dan k810i nih agak rumit, makan semilan tahun kalau nak cerita dalam blog nih, tapi secara kesimpulannya, keypad kat k810i agak cinonet berbanding k800i, bagi jari tangan yang gempal kurenk sesuai untuk menekan keypad jenis nih, rupa paras yang agak lain, dan kalau dari segi ketebalan, k810i lebey nipis berbanding k800i, bentuknya lebey slim shady, kualiti gambar takder beza mana pun, tapi ader rumor yang cakap, k810i kurenk dari segi penghasilan gamba yang best berbanding dari k800i, ako tanya dengan memember ciner ako yang jual henset, dorang cakap memang ader sikit kurenk, tapi all out, k800i or k810i?? dua-dua henset cybershot yang best giler~!!!

A'kjum...boleh saya tahu...apa bezanya quality bunyi diantara n73me dan n73i sekiranya mendengar mp3 melalui earphone?- Amirul

wsalam... soalan yang ko kasik nih, macam ko dah jawab sendiri, dah tentu n73me(music edition) lebey best kualiti bunyinya, kalau dengar dari earphone, tapi kalau ko kater nak banding dengan w850i dari sonyericsson, dah tentu ako akan cakap earphone dari w850i sony tuh ler yang best dan gempak... pengalaman ako pakai earphone dari sony dan nokia nih, kalau ko belik earphone untuk 6630 or 6230i(kalau tak silap ako la) memang best, tapi rasanya tak pasti bleh pakai kat n73 ke tak... okei?

tulun jwb..lagi satu aper beza n93i dgn n93-faiz (dari KB)

beza n93 dan n93i??? hmmm takder aper yang beza kalau tengok dari dalam... yang beza antara dua henset nih, n93i lebih ringan 17gram dari n93 dan beza yang lain ialah rupa paras, masa berbual(talktime) n93 lebih lama dari n93i... untuk keterangan lanjut aper kata ko klick dan compare sendiri kat webpage nokia... sekian trimas~!

-Yang Celaru

|| pRicELisT || Harga henset Ori untuk Nokia, Sonyericsson, Motorola, Samsung dan LG~!!! silalah~!!! wAAhAhHAHAha



heh~ inilah senarai harga henset baru mengikut harga ako, ader yang tanya ako harga yang ako letak kat blog nih mengikut harga mana, yer encik-encik, ini harga, harga dari kuala lumpurrr~ korang bleh berurusan dengan ako untuk beli henset AP atau ORI, sila hubungi nombor yang tertera di kaca televisyen anda~ 017-3030 433 - ahmad fahmi a.k.a kechik
p/s:- korang klick kat gamba pricelist untuk tengok senarai tuh dengan jelas lagik besar!

Saturday, June 02, 2007

|| pRicELisT || Hujung Mei ke awal Jun~ (*00*)

hallo~!!! assalamualaikum~!!!! banyak2 sorri sumer orang... ako agak sibuk dan menyibuk semenjak dua tiga menjak nih~ ini adalah harga AP set terbaru, lepas nih dalam beberapa hari ako akan siapkan satu lagik senarai harga untok henset ORI plak~ (ex:- Zitron, Avaxx, O2, Dopod, FMG dan lain2)