Saturday, April 21, 2007

|| R3VI3W || Nipis, Solid Dan Mantap!!! Sonyericson W880i!!!

Tak tahan dengan godaan demi godaan dari vendor-vendor dan pengeluar henset pesaing seperti Motorola, Samsung dan Nokia. Sonyericson, sebuah kompeni gabungan syarikat dari Jepun-Sweden dengan berani gamblenyer mengeluarkan sebuah henset nipis dan solid berukuran 9.4mm dan dengan itu ternobatlah W880i sebagai henset walkman yang ternipis berada dipasaran Malaysia ketika ini. Wallawei~!! mantap-mantap...
Dengan slumber gamblenyer jugak Sonyeric membalut tubuh mungil W880i ini dengan cover yang berkilau-kilat, dengan cover depan dari stainless steel tahan karat dan cover belakang dari salutan bahan tidak mudah calar dan anti gores. Dibahagian tepi henset ni dilengkapi dengan tombol-tombol atau punat-punat seperti walkman, volume/zoom dan camera shutter. Tetapi agak kecewa jugak aku bila penampilan walla~ W880i ini di kantoikan dengan jaluran keypad yang agak kiut dan kurenk sikit untuk jari-jari yang gempal dan berisi macam jari aku nih... ceh...
Menyentuh pada kualiti dan persembahan untuk skrin layar W880i nih pulak, cukup baik dan begitu membuat aku teruja! Susunan pixel kaler yang terang, sharp dan smooth. Hampir-hampir takde cacat! Kiranyer nampak clear ler jerawat cinonet kalau korang wallpaperkan muker kat skrin layar nih... Berukuran 1.8inci dipersembahkan oleh Sonyeric dengan LCD TFT 262.144 color, pada resolusi 240x320pixel (QVGA).
Henset W880i ni boleh dikelaskan sebagai sebuah henset
kelas mid-up, Sonyeric W880i tak jauh beza dengan henset-henset walkman(abang-abang dia) yang terdahulu. Interface menu dia user frienly, sederhana dan mudah untuk diakses. Manakala kesemua selok-belok henset nih seperti wallpaper, profile sampaila ke connectivity nya pun disumbat di bawah satu menu pokok iaitu menu 'setting'. Kelebihan yang agak memberangsangkan untuk sebuah henset 3G ialah boleh memainkan format video 3GP dan mp4 sebagai nada dering, tahniah encik W880i! Anda mempunyai kebolehan tersebut!
Bila masuk pulak bab menyentuh ba
hagian kamera henset nih, seperti lazimnya setiap henset berteknologi 3G akan dipersenjatakan dengan kamera sekunder VGA di muka hadapan dan di belakang tubuh mungil ini dilengkapi dengan kamera 2.0megapixel. Malangnya kamera depan VGA tadi tidak boleh digunakan untuk tangkap gambar korang, ianya sekadar sebuah kamera yang berfungsi sebagai kamera video call sajer... Meskipun resolusi kamera W880i setingkat lebih baik dari sedaranya yang terdahulu iaitu W810i dan W900i tetapi mengecewakan dimana henset secanggih ini tidak dilengkapi dengan kebolehan auto-focus dan flash light... doh~
What bout the entertainment site huh? yer bab hibur nih dah tentu untuk sebuah henset walkman Sonyeric adalah yang mengungguli nombor satu dala
m carta. Dilengkapi dengan player walkman 2.0 sebagai prioriti utama fasaliti entertainment henset walkman nih. Selalunya sesebuah henset walkman wajib disertaikan dengan kebolehan untuk memainkan Radio FM tetapi... warghh!!! untuk henset W880i tidak ada RADIO!!!! Mungkin Sonyeric yang menjadi kebanggaan rakyat jepun ini cuba mengimbau kenangan lalu semasa perang jepun dimana rakyat tidak boleh dengar radio... ceh~
Fasaliti-fasaliti hiburan lain yang ada dalam
W880i nih seperti Mega Bass, stereo widening dan playlist. Berkebolehan untuk memainkan lagu samada melalui track, nama artis atau album. Kelemahan yang ketara untuk henset nih ialah bila kita memain lagu melalui loudspeaker, ada bunyik pecah dan krek' sikit... tapi takper... walkman dicipta untuk digunapakai bersama earphone/headphone, dimana ia dibuktikan dengan bila korang guna headphone bunyi yang dihasilkan bisa membuat korang goyang kapla sampai lentok~ wallawei~
Kalau korang b
eli henset nih yang diwarantykan oleh Midland atau Taurus dimana mereka ini pembekal sah untuk henset Sonyeric kat Malaysia nih, henset nih akan datang dengan memory stick micro(M2) 1GB percuma!!! Tapi kalau beli dari kompeni AP, aku tak berapa pasti, nantik aku kompem balik. Untuk memory stick sebesar tuh korang bleh muatkan lebih-kurenk 300 lagu!!!(satu lagu kira 3mb) ke dalam henset nih.
Cerita pasal connectivity henset nih plak, dia ada bluetooth dan usb port. Takder infrared? ye betol...! canggihnya plak, henset nih dilengkapi dengan browser internet yang boleh main web yang html plus penampilan smartfit, dimana site yang dibuka, skrin henset nih akan memaparkan website tuh dalam satu skrin penuh. Macam kita bukak website melalui PC. Mengenai baterinya plak, Sonyeric bagi satu bateri yang bleh tahan best dim
ana untuk pemakaian normal seperti call, amik gamba mahupun mendengar music, bateri bleh tahan sampai tiga hari untuk sekali charge!
Harga??? heh... untuk permulaan aku berani letak untuk henset nih harga dia ialah...jeng... jeng... jeng... harga bukak RM1548, mungkin boleh dir
unding lagik... aper-aper hal... henset nih memang mantap dan best~(untuk yang mampu...isk-isk... aku pon tak mampu lagik... AhahHAhAhA)

No comments: